(Al-Falaq 113:5)
Sebagai Ahli Hikmah mengatakan bahawa hasad itu dapat dilihat dari lima ciri:
Pertama : Membenci suatu nikmat yang nampak pada orang lain.
Kedua : Murka dengan pembahagian nikmat Allah.
Ketiga : Bakhil (kikir) dengan kurniaan Allah, padahal kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.
Keempat : Tidak mahu menolong wali Allah (orang yang beriman) dan menginginkan hilangnya nikmat dari mereka.
Kelima : Menolong musuhnya iaitu iblis
Hasad (Dengki) adalah berangan-angan hilangnya nikmat yang ada pada orang lain baik agar pindah kepada diri kita ataupun tidak. Allah menutup surah ini dengan hasad sebagai peringatan bahayanya perkara ini. Hasad adalah sifat yang memusuhi nikmat Allah.
Sifat dengki, suatu yang negatif dan sering timbul apabila seorang merasa dirinya kurang daripada individu yang lain. Ia boleh mengundang gejala yang lebih besar kerana si pendengki mungkin akan berbuat apa sahaja agar kelebihan tadi ditarik balik daripada pemilik asal tidak kira dengan apa kaedah sekalipun.

Atau, ia mungkin sekadar menimbulkan rasa cemburu. Walau apa sekalipun, sifat dengki harus dibuang atau mungkin kita boleh melatih diri untuk melakukan tindakbalas positif atas sikap ini. Sifat dengki seharusnya dijadikan pemangkin kearah mempergiatkan usaha supaya menjadi insan yang lebih baik.
Sebagai Ahli Hikmah mengatakan bahawa hasad itu dapat dilihat dari lima ciri:
Pertama : Membenci suatu nikmat yang nampak pada orang lain.
Kedua : Murka dengan pembahagian nikmat Allah.
Ketiga : Bakhil (kikir) dengan kurniaan Allah, padahal kurniaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.
Keempat : Tidak mahu menolong wali Allah (orang yang beriman) dan menginginkan hilangnya nikmat dari mereka.
Kelima : Menolong musuhnya iaitu iblis

No comments:
Post a Comment